Taufan Nargis: Lessons from Acheh

12 05 2008

Innaa LiLlaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon.. Tergamam..!~ dan terkelu lidah sebaik shj mendengar berita ini di kaca TV.. Satu lagi bencana yang amat dahsyat selepas berlakunya peristiwa Tsunami di Acheh.. Begitulah respon sy sebaik sahaja mendengar bencana yg melanda bumi Myanmar pada 4th Mei (Sabtu) yang lepas.
Siklon Nargis yang juga dikenali sebagai Very severe cyclonic storm Nargis ialah sebuah siklon tropika kencang yang bertemu daratan Myanmar dan telah menghancurkan delta Irrawaddy, southwest of Rangoon. Bencana yang amat dahsyat ini telah membunuh lebih daripada 100, 000 orang , manakala ribuan lagi yang masih hilang dan berjuta-juta penduduknya yang homeless..
Jom kita lihat comparison between Tsunami di Acheh dgn Nargis di Myanmar..

Tsunami dgn Nargis

Tetapi, yang paling menghairankan saya betapa ramai rakyat kita yang peka dan peduli mengenai isu ini..? Berapa ramai yang tahu akan adanya isu ini? Tepuk dada Tanya Iman, wahai sahabat!~.. Saya percaya ramai yang berada di luar sana yang hanya mengangguk kepala tanpa berfikir akan tindakan yang sepatutnya..

MasyaAllah..
Walaupun daripada statistic yang dikeluarkan oleh Al-Jazeera agak menggerunkan saya, tetapi adalah semua umat Islam hari ini berfikir isu ini bukan tanggungjawab mereka untuk membantu? Tetapi tahukah anda, kebanyakan sumber beras dunia adalah dari Delta Irrawaddy ni?
Lots of people just show their concern bila HARGA BERAS NAIK..!~ Buat complaint gaji rendah la, makanan mahal la, tanggungan banyak la.. Tapi sedarkah kita, ujian yang kita hadapi bila harga beras naik ni hanyalah sedikit jika di compare dgn saudara2 kita di Myanmar.. MasyaAllah.. Masyarakat kita sudah hilang focus sekarang ni,.. Lebih pentingkan diri sendiri !~
Dimanakah harga diri kita sbg Muslim? Perihatinkah kita terhadap saudara2 kita di sana? Di manakah sifat kasih sayang kita terhadap saudara kita? Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri. “

- Bantulah mereka kerana mereka memerlukan bantuan anda- http://ramadan.muslimaid.org/page218.asp