TELAH BERPINDAH!

28 07 2008

makluman kepada pengunjung-pengunjung sekalian..

blog saya telah berpindah ke http://www.ayashioki.com





Bengkel Revolusi Media Islam

29 05 2008

Bengkel Revolusi Media Islami


Ustaz Alwi Alatas (Penulis Prolifik Indonesia, Ketua Forum Lingkar Pena Malaysia)

Ummu Hani Abu Hasan (Novelis)

Z.A Imad (Novelis) Remaja)

Puan Engku Zainun @ Ezee Rahmania (Penulis/Novelis)

Azree MH (Blogger dan Penulis)

Jom Merevolusi Media pada:

31 Mei 2008 (Sabtu)

Jam 9.00 pagi – 5.00 petang

KONSIS Centre, Serdang

Yuran: RM10 shjAnjuran: KONSIS Centre

Daftar segera! 012 934 1711 (Z.A Imad)

Emel: konsisnetwork@ gmail.com

Layari: http://www.mykonsis. org

Alamat: KONSIS Centre, No 9-1, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sg Besi Indah, 43300, Sri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Jom pergi beramai2 … terhad kepada 50 seat je lagi.. !!~Inilah masanya untuk kita menambah ilmu dlm bidang penulisan blog .. insyaAllah..





bersama menuju kesempurnaan iman

22 05 2008

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Bersabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila membuat perancangan;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu’;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan zikir dan do’a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah mengawal fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi kerana sesuatu sebab ;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali denganiblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlalu takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlalu takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyakkan silaturrahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah guru dan ulama;
56. Sering berselawat ke atas nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak berhutang;
59. Jangan terlalu mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan
sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat
seperti mengucapkan ungkapan yang tidak berguna;
62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan berdendam dan jangan ada
keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus-terang dalam menentukan sesuatu pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang mendapatkan kesulitan.
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita;
79. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif
dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada agama,
bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata apa-apa;
86. Hargai pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak
menyenangkan.
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan
batas-batas agama dan keadaan diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan fizikal
atau mental kita terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan
orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang
dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk berkaitan
dengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang (muhrim)
dengan penuh keakraban dan keramahan
dan tidak berlebihan;
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu
yang diluar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan cabaran.
Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan
melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan
akan melahirkan kerosakan;
100. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang;

dipetik drpd http://fikir2renung2.blogspot.com/





Thumbs up !~ Caya la lu Dr Mahathir..

21 05 2008

Recently, the stories about DR M quits UMNO become the headline of our local newspaper…

Many responses and views on his action…

Maybe this is a gate to a new opportunity?.. hmm

some of the excerpt that i get through the newspaper..:

“Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,”ujarnya penuh sinis. – mks. (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14591&Itemid=85, 2008)

Further readings :

http://ampin.wordpress.com/2008/05/19/dr-mahathir-quit-umno/

http://www.chedet.com/

But, there is some news that might let us think twice about this issue..:

check it out!

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10240





sebelum 60 bertukar 61

21 05 2008

Hari ini.. sudah lima hari ulangtahun Hari Nakbah Palestin ke-60 berlalu. Tapi sedihnye.. inilah first time saye dgr pasal ni.. even da 60 tahun.. saye baru je tau ketika usia da 20 tahun.. kalau time kat sekolah menengah.. mesti dah kene cop ‘kezek’-ketinggalan zaman.. huhu.. pastu esoknye.. dgn girang dan gumbira sekali.. saye pun sambut hari guru.. hurm agaknye time saye skolah tu.. satu sekolah saye x tau..

Itu saye dan sekolah saye.. rasenye cam sekolah2 lain pun ade yang macam tu jugak kot.. sebab adik2 saye yang bersekolah di perbagai ceruk pun x cakap ape2 bile isu palestin dibangkitkan.. jelas sangat sensitiviti umat islam Malaysia terhadap nasib saudara seAd-Din sendiri sangat2 lah rendah.. ntah la berape percent.. saye tak nafikan yang mungkin ade mereka2 atau anda2 yang sgt prihatin dgn hal ehwal semasa umat islam.. tp berape kerat sgt?? Dan di antara berape kerat ni.. berape je yang ambil tindakan sewajarnya utk menaikkan kembali islam yang dipijak oleh kafirun laknatullah ini?? *sila lihat komen

Jadi wahai saudara sead-dinku.. kite hari ini masih bergelak-ketawa, masih bergurau-senda, masih bermain-main, masih berfoya-foya.. sedangkan kalau kite tahu kedudukan sebenar islam sekarang ni.. yakni kedudukan kite sendiri sbb kite org islam.. pasti hilang semua hilai-tawa kite. 60 tahun saudaraku, bukan satu tempoh yang singkat.. 60 tahun, ketika Israel mengisytiharkan negara haram diorg diatas bumi Palestin, Negara diorg tu hanya sekangkang kera je compare ngan total keluasan Palestin. Tapi sekarang, Israel da kuasai almost 90% Palestin. 90%!!!!!!! Banyak ni.. hamper semua.. kalau dalam exam ni.. dah senyum lebar da sbb dapat HD!. Dan selame 60 tahun ini jugalah kite telah membiarkan Israel mengusir saudara2 seislam kite keluar dari Negara diorg sendiri.. dan kerana kite dok diam je.. Israel sekarang telah tersenyum lebar diatas kejayaanya menceroboh 90% bumi Palestin ini..

Maka apa terjadi dengan saudara2 kita yang telah diusir itu?? Mereka jadi pelarian.. dan jumlah pelarian itu adalah yang tertinggi dalam sejarah dunia!!

Saudara ku.. anda mahu pejam mata lagikah?? Anda mahu berdiam diri lagikah?? Mungkin ade yang rase ini tiada kaitan dgn hidup mati kite.. tapi saudaraku cuba teliti pesan Rasullullah ini:

“Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka”. (Hadith riwayat al-Baihaqi)

Jika kite bukan dalam golongan umat islam.. maka kita ini siapa?? Fikirlah sendiri..

Sesungguhnye umat islam itu umpama satu jasad..jika satu anggota tercedera.. pasti seluruh jasad merasa sakit.. tp kalau kite tak rase sakit?? Hmmm..

Maka bangunlah wahai saudara seadd-dinku.. jgn tidur lagi.. saat ini sudah kritikal utk kite mulakan tindakan.. Bangunlah sebelum angka 60 bertukar 61!! semoga kite sentiasa tergolong di dalam golongan yang beriman dan diredhai Allah.. mari kite mulakan dgn mengambil tahu setiap ape yang berlaku di dunia ini terutama berkaitan dgn islam.. semoga dpt menyuntikkan semangat utk berjuang menegakkan kembali kalimah Allah di atas muka bumi.. Ini link utk isu nakbah: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1005

Kemudian, boikotlah produk2 israel, sbb utk diorg melancarkan serangan demi serangan, diorg memerlukan sumber kewangan yang banyak dan stabil. Semoga usaha kt memboikot brgan diorg ni akan melemahkan sumber kewangan diorg dan membantutkan kemaraan diorg menzalimi saudara2 kita. Even mostly kite gune setiap hari and memang susah nk tukar ke brand lain.. tapi berjihadlah.. sesungguhnye ganjaran Allah itu adalah yang terbest yang xde sape pun boleh menandingi..

jom boikot israel!!





What the point of reading Quran without understanding arabic

20 05 2008

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at thekitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked,

“Grandpa, I try to read the Quraan just likeyou but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quraan do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.”

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said,

“You’ll have to move a little faster next time,”

and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said,

“I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just not trying hard enough,”

and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said,

“See Grandpa, it’s useless!”

“So you think it is useless?”

The old man said, “Look at the basket.”

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different.It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

“Son, that’s what happens when you read the Quraan. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”





Selamat Hari Ibu…! Wa Sahibhuma….

14 05 2008

“…And please tell her everyday, several times-a-day, how much you love, appreciate and cherish her!”

Cliché? Perhaps..?

” Dan kami wasiatkan kepada manusia tentang kedua orang tuanya.Ibunya telah mengandungnya dalam lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepadaKu lah tempat kembali. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu keatasnya, maka janganlah kau taati keduanya. Dan persahabatilah mereka di dunia dengan baik..,” (Luqman: 14-15).

Ayah dan ibu, dua insan yang menjadi penyebab atas kelahiran kita ke dunia. Melalui ekspresi cinta dengan ikatan yang halal antara mereka berdua dan diredhai Allah, maka Allah pun mengurniakan kita kepada mereka. Kita hadir sebagai tawa di saat susah, senyum di waktu sedih, harapan di saat kecewa, ramai di saat suasana sepi, dan sebagai tempat bergurau di kala ketegangan…

Kita sama2 pernah merasa, cubitan kecil, timang sayang, dodoi yang akan melenakan, suapan hangat, usapan dan kucupan lembut, teguran lembut tapi penuh berhikmah dan pandangan bahagianya melihat kelucuan kita… Tersenyum bahagia apabila melihat kita bahagia.. aduh…!!~ rindunya pada mereka..

Sangat2 luar biasa, kerana semuanya hadir sebagai tiupan lembut nafas CINTA..Kerana tiupan inilah yang menghantar kita ke peringkat dewasa, meninggalkan zaman kanak-kanak yang penuh memori, berlari2 anak ke arah satu fasa yang bergelar DEWASA…

Dan Nafas cintanya meniup kuncupku

maka ia mekar jadi bunga

(Muhammad Iqbal)

“Dan kami wasiatkan kepada manusia, tentang kedua orang tuanya…” (Luqman :14)

Melalui ayat ni, jelaslah bahawa Allah mewasiatkan orang tuanya kepada kita. Jasa mereka tak akan dapat dibayar melalui wang ringgit dan tidak mempunyai harga. Dapatkah kita menghitung berapa nilai mereka? Dapatkah kita mengaku akan mengganti segala susah payah yang mereka hadapi??

Allah ingin cinta hadir dalam wajah kita setiap kali bertemu mereka. Allah mahu agar cinta hadir di tangan kita yang lembut memapah dan menyalami mereka. Allah suka jika cinta kita hadir dalam setiap huruf yang kita tuturkan, tiap nafas di paru kita, setiap gerak2 di otot kita dan setiap getaran di hati kita.. Redha Allah ada pada Redha orang tua kita.

Selalu nye orang akan bertanya, ” whom will get the higher priority?” Allah dah bgtau dalam Surah Luqman ayat 15, “…Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu keatasnya, maka janganlah kau taati keduanya…” dalam apa2 jua keadaan.. kita hendaklah mentaati kedua orang tua kita.. unless jika mereka yang mengundang kita ke jalan kemurkaan Allah.. dan selebihnya, apa Allah kata .. wa sahibhuma , maka persahabatilah mereka.. Oleh itu, jadikanlah mereka sebagai sahabat kita yang paling utama dalam apa2 hal pon..

“…Dan persahabatilah mereka di dunia dengan baik..,” (Luqman: 15).

Menarikkan penggunakan persahabatilah mereka, wa sahibhuma… Adalah tidak mungkin untuk kita melayan mereka seperti raja atau ratu.. For sure, mak ayah tak suke..!~ even kadang kalau kita belikan barang2 utk mak dan ayah.. ape yg mereka jawab??, ” laaa.. tak yah la susah2.. membazir je”..Tetapi bagaimana untuk kita memberi apresiasi kite kat mereka?? – HARGAI LAH MEREKA –

Wa Sahibhuma, dan persahabatilah mereka dengan perkataan yang makruf. Bukan dengan menyakiti atau tidak memahami jiwa mereka yang kadang2 akan membuatkan rasa mereka disakiti. Melarang mereka bekerja atas alasan sayang.. tetapi sebenarnya.. ramai jiwa-jiwa yang risau akan kerja yang dihasilkan oleh orang tua kita akan berantakan.. rosak… xmenjadi..kadang2 ada yang memaksa orang tua untuk berehat sedangkan jiwa mereka masih sihat untuk beraktiviti. Ada pulak, yang memarahi mereka kerana terlampau memanjakan cucu.. Walaupun bagi anak-anak, benda ni adalah biasa.. tetapi tak siapa tahu betapa sakitnya jiwa mereka ..

Wa sahibhuma, mereka hadir ke hadapan kita di masa tuanya untuk dijadikan sahabat. Sahabat yang mempunyai karakter khas yang harus kita fahami, beri perhatian, appreciate, dan memberi benda2 kesukaan mereka.. Dan, bg sy itulah bukti cinta kita pada mereka, lalu kita pun akan mendoakan mereka setiap kali solat kita..

Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang atau kedua0duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil'”(Al-isra’:23-24)